Terharu! Warga Malaysia Sedia Bantu Individu Terkesan Banjir, Ada Yang Tawar Rumah Sendiri Sebagai Tempat Berteduh

Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di beberapa buah negeri dilanda banjir.

Ramai yang terperangkap di rumah, bangunan kerja dan atas jalan raya kerana paras air yang telah menyukarkan perjalanan.

Menjengah ke laman Twitter, ramai yang secara sukarela menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada individu yang terkesan dengan banjir.

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @OwToTheZie menjemput individu yang rumahnya sudah dimasuki air di sekitar Setia Alam, Selangor untuk datang ke rumahnya.

Dia turut memuat naik gambar masakkannya yang dia sediakan untuk tetamu yang bakal berteduh di rumahnya itu.

 


Seorang pengguna bernama @kebi_ juga menawarkan rumahnya yang berada di Wangsa Maju.

“Kalau terperangkap dekat Kuala Lumpur, tak boleh balik Shah Alam atau Klang, rumah saya ni muat je seorang dua lagi. Tidur la dekat sofa depan tu. Rumah saya dekat Wangsa Maju.

“Kalau ada anak kecil pun bawak saja la. Saya alih sofa, keluarkan tilam saya ni. Kerusi malas ada tu. Kopi, jajan pun ada,” tulisnya.

 


Malah tidak kurang juga ada yang bersedia untuk menjaga kucing kepada sesiapa yang tidak dapat bersama kucing mereka di rumah.

 


Sementara itu, seorang pengguna bernama @hakimfaridzul menawarkan untuk membawa kenderaan pacuan empat roda (4×4) miliknya ke kawasan yang mempunyai individu terperangkap banjir di sekitar Kota Kemuning dan Bukit Rimau.

“Sesiapa yang berdekatan Seksyen 32, Kota Kemuning dan Bukit Rimau, kalau terperangkap dan memerlukan 4×4 untuk pemindahan, hubungi saya. Saya akan cuba dapatkan anda. Keutamaan kepada bayi, kanak-kanak dan warga tua,” tulisnya.

 


Ada juga yang memberikan bantuan secara maya dengan berkongsi senarai dana tabung bantuan banjir, senarai talian kecemasan yang boleh dihubungi serta doa dan sokongan moral.

Arfah