Categories: Trending

Rakyat Tersentuh Lihat Sikap ‘Humble’ Tunku Azizah Sanggup Masak Sendiri Hidangan Buat Petugas Hospital

Raja berjiwa rakyat!

Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap rendah diri dan prihatin Raja Permaisuri Agong terhadap rakyatnya. Saat negara sedang bergelut dengan penularan wabak Coronavirus dan sekatan Perintah Larangan Pergerakan. Saat para petugas hospital bertarung nyawa bekerja membanting tulang siang dan malam, siapa sangka Raja Permaisuri Agong sendiri sanggup turun padang menyalurkan bekalan makanan buat para petugas di hospital. 

Seakan-akan memahami situasi dan jerit perih para petugas hospital yang sanggup bertugas 24 jam tidak cukup rehat dan kadangkala tidak sempat menjamah makanan. Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah dengan penuh rasa  tanggungjawab dan prihatin berkenan memasak sendiri makanan untuk dibekalkan buat para petugas di Hospital Sungai Buloh. 

Menerusi ciapan daripada KKM Putrajaya, Raja Permaisuri Agong membekalkan hidangan makanan tengah hari buat para petugas di Hospital. 

Perkongsian itu telah menerima ribuan dan retweets dan liked daripada netizen di laman Twitter yang rata-ratanya gembira dan berterima kasih dengan bekalan makanan yang dijamu. Ternyata, sikap keprihatinan dan rendah diri yang dimiliki Raja Permaisuri Agong membuatkan dirinya sangat disegani rakyat jelata. 

Terdahulu, Yang Dipertuan-Agong dilihat turun padang untuk melakukan rondaan kawasan di sekitar Kuala Lumpur ketika Perintah Larangan pergerakan, baginda dilihat memandu sendiri kenderaan bersama anakndanya. 

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur mempunyai Raja yang begitu prihatin akan kebajikan rakyat  dan penuh dengan sifat penyayang. Daulat Tuanku! 

Kredit: Twitter KKM Putrajaya, Twitter Bernama,  Instagram Istana Negara

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”