Categories: Trending

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Seekor kangaroo ‘sado’ bernama Roger disahkan mati kelmarinb(8/12).

Roger merupakan kangaroo yang cukup popular di seluruh dunia apabila memiliki kelebihan sebagai haiwan yang sasa.

Difahamkan, Roger mati disebabkan usia yang sudah tua.

Roger dibesarkan di Sanctuary, Darwin di mana penjaganya Barns amat sedih dengan pemergiannya.

” Roger dibesarkan selama 10 tahun di sini bersama isterinya, Ella dan Abigail. Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini,” katanya.

Tambah Barns, kesihatan Roger merosot sejak Januari tahun ini.

Roger menjadi bualan hangat di Internet apabila memiliki fizikal yang berotot dan sasa.

 

SGMS Faida