Featured By: Yanie Baharom July 9, 2019 @ 12:00pm

Rumah pusaka Hello Kitty ini boleh buat Datuk Seri Vida makan hati!

Dulunya rumah usang, kini berubah menjadi istana papan di alam fantasi.

Tambah mengujakan, saat melangkah masuk ke rumah papan yang terletak di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, itu anda pasti terpesona dengan himpunan pelbagai barangan Hello Kitty yang menghiasi hampir segenap pelusuk rumah.

Bukan itu sahaja, dinding, langsir termasuk perabot semuanya berasaskan warna pink atau merah jambu gara-gara obsesi pemiliknya, Hamidah Abdul Rahim, 48,  terhadap rona yang cukup sinonim dengan wanita itu.

Foto: mStar

“Kediaman ini adalah rumah pusaka yang usianya lebih 100 tahun dan diamanahkan kepada saya. Daripada membiarkannya usang tanpa berpenghuni, saya mengambil keputusan untuk mengubah hiasan dalaman menggunakan warna merah jambu dan Hello Kitty sebagai konsep.

“Ia dilakukan secara berperingkat.  Buat masa sekarang, inilah saja yang termampu saya laksanakan dan masih banyak lagi yang ingin saya lakukan untuk menambah baik rumah ini,” katanya.

Foto: ViralSync

Foto: ViralSync

Foto: ViralSync

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Selain rumah pusaka milik kedua orang tuanya, terdapat banyak rumah lama yang unik reka bentuknya tetapi terbiar kosong. 

Sedih melihat keadaan itu Hamidah yang mesra disapa Mida, mengambil inisiatif dengan menyuntik elemen segar dan moden untuk kediaman itu.

“Ini cara saya menghargai sesuatu pemberian yang sangat berharga dan dengan sedikit kreativiti insya-Allah ia akan jadi menarik,” jelasnya.

Bertugas sebagai deejay radio di sebuah pusat membeli-belah, Mida melaburkan hampir RM10,000 untuk membeli aksesori mencantikkan rumah yang hanya dikunjungi sebulan sekali itu.

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Bercakap mengenai kegilaannya terhadap Hello Kitty dan merah jambu, pada sambutan Aidilfitri yang lalu, seluruh keluarganya termasuk menantu dan cucu memilih #teamrayapink sebagai warna tema.

“Paling tak boleh tahan, semua biskut raya yang dihidangkan kepada tetamu juga turut berwarna merah jambu. Bila sudah terlalu minat kan, sampai kuih raya dan air pun warna merah jambu.

“Apapun,  merah jambu memang melambangkan diri saya sejak dahulu lagi, malah anak-anak pun sudah faham,” katanya.

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Wed, 24 Mar 2021

“Rumah Sebesar Saiz Tandas.. ” – Ebit Lew Luas Misi Bantuan Ke Afrika

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sering menjadi tumpuan ramai tatkala pelbagai masalah melanda dalam masyarakat. Beliau bukan sahaja aktif melakukan aktiviti kebajikan malah sering kali membantu golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan bangsa. Terbaru,

Featured Mon, 13 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tiada Penyingkaran, Ada Kena Prank Tukar Pasangan… Couple Mana Yang Diserap Masuk? Jom Recap Episod 6!

Episod keenam Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta 90-an berlangsung pada malam tadi. Episod itu telah menyaksikan persaingan antara empat pasangan iaitu Syafeek & Zazo, Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena serta Pasya

Trending Wed, 4 Jul 2018
Featured Tue, 3 Sep 2019

Berhenti membawa beg tangan berat!

Jika anda tahu kesannya, sila tukar beg tangan kecil sahaja!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang

| Live TV