Trending By: Salma Syahbuddin July 5, 2021 @ 3:10pm

Rumah Tangga Shuk Sahar Kembali ‘Panas’, Isteri Dakwa Diugut & Disantau

Isu rumah tangga pelakon, pengacara dan pelawak, Shuk Sahar kembali ‘panas’ apabila isterinya, Rossa Sera berkongsi video pendek menerusi akaun instagramnya tentang perbuatan santau dan ugutan yang diterimanya daripada seorang wanita dipercayai kekasih Shuk.

Malah, Rossa juga sempat berkongsi tangkap layar mesej berbaur ugutan itu untuk tatapan umum.

 

Bagaimanapun, Rossa dilihat telah memadam semua hantaran tersebut awal pagi ini.

“Kalau nak kahwin, silakan!”

Rossa Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah turut memberi bayangan tentang kehidupan bermadu dan ugutan yang diterimanya selama ini daripada wanita berkenaan.

” Sudah cakap, jika hendak bermadu perlu terima keluarga dan anak-anak saya. Bukannya dengan hancurkan keluarga saya.

” Tolong berubah, bukan dengan cara ugut sana sini kerana saya dan anak-anak tidak salah,”

Sementara, dalam ruangan kapsyen, Rossa bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci sama ada Shuk masih menjalinkan  hubungan dengan wanita berkenaan ataupun tidak.

“Kalau nak kahwin silakan, rasanya mereka sudah pun berbincang tetapi memang tidak berubah juga. Apa salahnya terima saya dan anak-anak.

“Saya sudah izinkan, suami juga bukan budak-budak lagi dan percaya dia juga ada alasan sendiri.

“Tetapi rasanya keluarga belah sana tidak izikan, apapun semoga urusan antara kamu selesai,”tulisnya.

 

 

Bukan itu sahaja, Rossa juga sempat menunjukkan bukti bahawa dia juga pernah untuk disantau dengan memuat naik sebuah video pendek yang menunjukkan beberapa bungkusan kuning yang diikat dengan tali berwarna hijau dan  diletakkan di kawasan rumahnya.

 

 

Hasil tinjaun juga menunjukkan Shuk turut dilihat memuat naik kenyataan ringkas berhubung perkara tersebut menerusi Insta story miliknya.

 

 

Terdahulu, Shuk pernah terpalit dengan  kontroversi sama apabila didapati curang dan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka atas perbuatannya itu.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

ARTIKEL BERKAITAN : Shuk Sahar Sah Digantung Dari Hot FM

ARTIKEL BERKAITAN : “Kesempurnaan Tak Dapat Dicari, Menyempurnakan Itu Yang Terbaik” – Shuk Sahar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020

[Terkini] COVID-19: 109 Kes Baru, Jumlah Keseluruhan 67 Kes Kematian

Berikutan penularan wabak Coronavirus, KKM Putrajaya menerusi ciapan mengumumkan sebanyak 109 kes baru yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,228 kes. Manakala seramai 72 kes pesakit di ICU ( 43 pesakit […]

#tilljannah Sat, 3 Dec 2022

Jarak Usia 9 Tahun, Dai Syed Bergelar Suami Hana Ismail Dengan Sekali Lafaz

Pendakwah selebriti, Dai Syed, 27, sah bergelar suami dengan sekali lafaz kepada pengacara televisyen, Hana Ismail, 36. Majlis akad nikah dijalankan di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada jam 11.40 […]

Trending Fri, 13 Sep 2019

Polis Buru Individu Yang Hina Institusi Diraja

Dipercayai Jadi Punca Raja Permaisuri Tutup Akaun Twitter

#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
Trending Fri, 6 Dec 2019

Prosperity Burger And Twister Fries Are Back, Back, Back!

It’s that time of the year again! P-R-O-S-P-E-R-I-T-Y!