Trending By: Attiqah Mohd September 18, 2019 @ 5:07pm

“Sampai Bila Nak Tunding Jari?”-Perang Jerebu Semakin Parah, Apa Solusi Malaysia Dan Indonesia?

Masalah jerebu yang melanda Malaysia belakangan ini semakin meningkat dari hari ke hari, media sosial tular dengan pelbagai berita mengenai isu ini. 

Negara berjiran, iaitu Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara yang diberi tumpuan utama terhadap isu ini. 

Terbaharu, dilaporkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan seperti Shah Alam dan 12 buah kawasan lain mencatat bacaan IPU yang tidak sihat. Berikutan itu, beberapa sekolah telah ditutup malah terbaru, semua penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah (LTAS) juga  dibatalkan pada hari ini. 

Masalah jerebu yang sebenarnya berpunca dari negara Indonesia, terus hangat diperkatakan. Pembakaran terbuka dan tidak terkawal di Indonesia telah memberi implikasi yang parah buat negara kita, Malaysia namun Indonesia terus menafikan sekeras kerasnya dakwaan bahawa masalah ini berpunca dari negara mereka. 

Media turut melaporkan bahawa salah sebuah syarikat Malaysia yang bertapak di Indonesia kemungkinan menyumbang kepada masalah pembakaran terbuka yang seterusnya mengakibatkan jerebu? 

“Kita akan ambil tindakan terhadap syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembakaran terbuka di ladang mereka sehingga menyebabkan jerebu.”

‘Perang’ jerebu antara Malaysia dan Indonesia kini semakin parah, namun apakah solusi segera yang perlu diambil kedua-dua negara ini untuk membanteras masalah jerebu yang melanda negara sejak beberapa tahun lalu?

Tindakan dan hukuman buat pihak yang secara terbuka melakukan pembakaran hutan harus dikenakan. Sampai billa rakyat Malaysia perlu menanggung derita akibat tindakan melampau negara Indonesia? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Jan 2021

Pernah Berlakon Drama Bersiri Popular, Aktres Song Yoo Jung Dilaporkan Meninggal Dunia

Sedihnya..min dulu suka tengok drama korea school 2017 tu😭

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍

Trending Sat, 21 Mar 2020
Trending Sat, 14 Nov 2020
Trending Tue, 23 Jul 2019

插画家运用「巧妙的3D技术」让平面漫画都赋予新生命!

插画家运用「巧妙的 3D 技术」让平面漫画都有了新生命,一个个跳出纸面来!

Featured Tue, 15 Aug 2023