Categories: Trending

“Saya Ada Rasa Sedikit Terkilan Lebih-Lebih Lagi… – Raja Azmi Berang Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dihadkan Tayangan Kerana Pengabdi Setan 2?

Penerbit Raja Azmi mendakwa filem seram karyanya, Jerangkung Dalam Almari dihadkan jumlah tayangannya semata-mata ingin memberi laluan kepada filem seram dari negara seberang, Pengabdi Setan 2.

Sehubungan dengan itu, penerbit, Raja Azmi tampil meluahkan rasa terkilan dengan sesetengah syarikat pawagam yang melebihkan filem luar berbanding karya tempatan terutama filemnya.

“Saya ada rasa sedikit terkilan lebih-lebih lagi apabila slot tayangan Jerangkung Dalam Almari dihadkan. Orang ramai nak menonton tayangan pada sebelah malam, tapi kebanyakannya dibatalkan dan digantikan dengan filem Pengabdi Setan 2.

“Bukanlah saya nak minta sampai berpuluh-puluh slot, tapi kalau boleh, berikan semula slot tayangan lewat malam kepada filem kami,” katanya.

Raja Azmi juga berharap masyarakat dapat memberi sokongan kepada karya tempatan supaya dapat meneruskan kelangsungan tayangan di panggung.

“Saya nak sarankan, yang hanya boleh bantu adalah orang ramai, masyarakat dan peminat filem. Datanglah beramai-ramai ke pawagam dan tengok filem tempatan.

“Bila pawagam dah penuh dan orang nak tengok, pihak pawagam akan beri semula ruang dan slot untuk tayangan,” ujarnya.

Sebelum ini, filem Jerangkung Dalam Almari dikatakan telah disabotaj oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial.

Individu tersebut telah memuat naik tangkap layar jualan tempahan tempat duduk filem terbitan Raja Azmi dan menulis keterangan yang berbaur negatif.

“Ini adalah kerja ‘keyboard warrior’. Apa yang boleh saya komen, ini bukanlah benda berfaedah. Kalau tak suka sangat, tak perlulah diusik,” tambahnya.

Artikel Berkaitan: Filem Jerangkung Dalam Almari Tumpang Populariti Adi Putra?

Artikel Berkaitan: Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi