Categories: Trending

“Saya Paling Takut Kalau…”- Lan Solo Dedah Persiapan Ke Pentas Akhir Vokal Mania

Konsert akhir Vokal Mania bakal berlangsung pada hari Sabtu ini, pastinya ramai yang tertunggu – tunggu untuk menantikan kejutan yang akan dibawakan oleh para idol dan rookie. 

Salah satu persembahan yang paling dinantikan semestinya persembahan daripada idol, Lan Solo. 

Ditanya mengenai persiapan Lan Solo ke pentas final Vokal Mania, Lan tenang menjawab, 

“Dari segi vokal semestinya latihan yang mencukupi supaya vokal sentiasa dalam keadaan bersedia”. 

“Dari segi teknikal, insya Allah ada kejutan untuk peminat yang dari dulu menyokong Lan Kristal sehingga Lan solo. So, nantikan!”

Lan turut mengakui beliau takut sekiranya kesihatan diri terjejas di saat- saat akhir menuju ke pentas Vokal Mania. 

“Perkara yang saya paling takut adalah kesihatan. Semoga kesihatan mengizinkan untuk melakukan persembahan yang terbaik”. 


Apapun, semoga semuanya dipermudahkan buat Lan Solo. Tak sabar nak tengok apa kejutan istimewa yang akan dibawakan oleh Lan nanti.

Bagi pentas akhir Vokal mania, Danial Chuer, Aisha Retno, Eranzz Lambert dan Alif Kadim bakal bersaing untuk merebut gelaran juara untuk rookie Vokal Mania. 

Siapa yang bakal bergelar juara rookie dan juara idol untuk program Vokal Mania? Sama-sama nantikan jawapannya pada Sabtu, 26 Disember 2020, jam 9 malam ini di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”