Categories: Trending

“Saya Rasa Danial Layak Bergelar Juara” – Tomok Akui Banyak Belajar Dari Rookie Dan Idol

Debaran kian terasa buat para idol dan rookie pada malam kemuncak Vokal Mania esok.

Tidak ketinggalan, idol yang sentiasa tampil versatil di setiap persembahan  iaitu Tomok. 

Menurut Tomok, beliau mempersiapkan diri dari segi kesihatan, pemakanan dan pemilihan lagu untuk ke pentas final.

Ketika ditanya mengenai pengalamn sepanjang menyertai Vokal Mania, Tomok menjawab, 

“Pengalaman yang tak boleh dilupakan pastinya apabila saya dapat bergandingan dengan generasi baru dan anak muda yang bagus dalam nyanyian”. 

“Mereka banyak explore benda baru dan saya banyak belajar daripada rookie dan Idol lain”. 

Selain itu, Tomok turut mengakui antara keempat empat rookie yang bertanding, beliau merasakan  Danial Chuar layak  bergelar juara di pentas akhir malam esok.

Betul atau tidak, Sama-sama nantikan jawapannya pada Sabtu, 26 Disember 2020, jam 9 malam ini di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Baca artikel berkaitan: “Saya Paling Takut Kalau…”- Lan Solo Dedah Persiapan Ke Pentas Akhir Vokal Mania

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”