Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin ini lah peribahasa yang dapat menggambarkan perasaan pilu pemuda yang dikenali sebagai @ayien apabila beliau kehilangan insan tersayang akibat Covid-19.
Saya Tak Kuat Dah!
Kisah pilu itu dikongsikan oleh pemuda berkenaan menerusi laman Twitter miliknya. Pemuda terbabit juga memberitahu bahawa beliau kehilangan Ibu tersayang pada 29 Julai lalu manakala, abangnya telah dikomakan pada pagi 1 Ogos 2021 serta kakak beliau masih berada dalam keadaan koma.
I lost my dear mom yesterday. While my sister still coma, abang pagi ni dikomakan, my uncle still warded. Berat sungguh ujian ni😭😭😭 pic.twitter.com/AkEvvJRbo6
— Ayien©️ (@yein654) July 31, 2021
Namun difahamkan, tiga hari selepas itu abangnya pula menghembuskan nafas terakhir kerana COVID-19.
Menurut pemuda ini lagi, seluruh ahli keluarganya di kampung Dusun Muda, Tapah juga dilaporkan positif wabak berkenaan. Bagaimanapun, ayahnya dilaporkan bebas daripada jangkitan COVID-19.
“Nangis tengok video ni…”
Rata-rata warganet sebak dengan perkongsian tersebut dan mendoakan agar beliau sentiasa tabah akibat kehilangan insan tersayang serta mendoakan kesembuhan buat kakak beliau yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Dalam pada itu, pemuda ini tidak menyangka video yang dikongsikan itu tular di media sosial sehingga mendapat lebih 41,000 ciapan dan 53,000 tanda suka setakat ini.
“Allah, tak sangka. Ramai yang mendoakan. Semoga ada keajaiban untuk kakak saya. Semoga ada doa-doa kalian yang termakbul mendoakan kesembuhan kakak. Terima kasih banyak-banyak.” katanya.
Ibu saya yang tercinta telah meninggal 29 Julai akibat covid stage 5, abg pulak meninggal semalam 1 Ogos juga disebabkan covid stage 5. Harini mendapat perkhabaran kakak sy yang sedang koma, keadaan semakin kritikal. Mohon doa dari semua agar kakak kembali sedar. Saya xkuat dah😭 pic.twitter.com/GUbnAnyJ2M
— Ayien©️ (@yein654) August 2, 2021
Apapun, kita doakan agar COVID-19 dapat diputuskan di negara kita dengan segera dan semoga mereka yang kehilangan insan tersayang diberikan kekuatan dan kesabaran menempuhi hari-hari mendatang.