Categories: Trending

“Saya Tak Sangka Dia…” – Zahirah Macwilson Dedah Ashraf Sinclair Pernah Lakukan Perkara Ini

Pelakon tinggi lampai, Zahirah Macwilson baru-baru ini mendedahkan sesuatu perkara yang mengejutkan mengenai Allahyarham Ashraf Sinclair.  

Rupa-rupanya, Zahirah diberitahu bahawa Ashraf pernah mencadangkan namanya untuk membintangi watak utama dalam filem Bulan Dan Pria Terhebat!

Difahamkan, Allahyarham Ashraf juga dikatakan hampir melakonkan watak antagonis bernama Ricky dalam filem tersebut namun tidak dapat memenuhi tawaran tersebut kerana terikat dengan komitmen lain. 

Akui Masih Kecil Dalam Industri

Jelas Zahirah, beliau akui masih kecil dalam industri dan sangat terharu apabila arwah mencadangkan namanya untuk melakonkan watak utama.

“Saya tak sangka arwah mencadangkan nama saya untuk melakonkan watak utama dalam filem ini. Bagi saya yang tiada pengalaman langsung dalam filem ini, diberi kepercayaan olehnya sangat bermakna buat saya,” kata Zahirah.

 

 

“Arwah Seorang Positif Dan Sering Bagi Motivasi”

Bercerita tentang Ashraf, jelas Zahirah arwah seorang yang sangat positif dan sering memberikan kata-kata motivasi buat dirinya. 

“Ashraf seorang yang sangat positif dan beliau dilihat sangat teruja berlakon filem ini walaupun saya dapat berjumpa sehari sahaja untuk filem ini. Saya akui sedih bila dia tidak dapat bersama,” kata Zahirah.

Selain Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi dan Rashid Ishak merupakan antara pelakon yang turut membintangi Bulan Dan Pria Terhebat. 

Baca Juga: [VIDEO] Sanggup Temani Bunga Hingga Akhir Konsert Ronan Keating, Ketabahan Noah Sinclair Dipuji

Baca Juga: “Ashraf Sekarang Adalah Malaikat Yang Menjaga Saya” – Aishah Sinclair Imbau Nostalgia Kanak-Kanak

Baca Juga: “Kau Pergi Terlalu Awal Sahabatku” – Sazzy Falak Jumpa Ashraf Sinclair Buat Kali Terakhir

Syafiqa Irdina