Categories: Trending

“Saya Tersentuh Dengan Drama Cina” – Selepas 5 Tahun Menyepi, Nomad Kini Muncul Dengan…

Penyanyi Nomad kini muncul dengan single terbaharu berjudul Tanda Setia selepas lima tahun menyepi.

Mula dikenali menerusi lagu Tetap Menantimu yang menjadi runut bunyi drama hits Love You Mr Arrogant yang pernah bersiaran di TV3, Nomad menyifatkan lagu tersebut sebagai comeback untuk kembali aktif dalam dunia hiburan.

“Saya sifatkan ini sebagai comeback saya. Lagu ini telah saya cipta lima tahun lepas dan saya mendapat ilham menerusi sebuah drama Cina.

“Sejujurnya, drama itu sangat menarik dan mengusik jiwa, akhirnya saya jadikan ia sebagai inspirasi menerusi melodi dan lirik.

“Saya dah simpan lama lagu ini. Saya cipta lima tahun lepas, selepas itu dua tahun berikutnya baru saya rakamkan,” kata Nomad.

Menariknya, proses mix dan mastering lagu ini dihantar ke studio di Nashville, Amerika Syarikat.

“Proses akhir lagu itu saya buat di sana. Biarpun sudah lama saya rakamkan, saya berharap lagu ini kena dengan selera pendengar.

“Biarpun saya sepi seketika, peminat tak henti-henti memberikan sokongan dan perkara itu membuatkan saya sangat terharu,” katanya lagi.

Tanda Setia sudah pun berada di semua platform digital bermula 12 Disember manakala muzik video dilancarkan bermula 16 Disember di saluran YouTube Indigital.

Padin