Categories: Trending

“Saya Tidak Patut Bercakap Dengan Nada Begitu…” – Carl Samsudin Mohon Maaf

Selepas di hentam akibat berlaku biadab kepada seorang warga emas ketika memberikan ceramah motivasi bertajuk ‘ubah hidup’ kepada 20 gelandangan di satu pusat transit pada Rabu, usahawan dan influencer, Carl Samsudin akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan perkara sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kurang Ajar Dan Tak Ada Adab” – Netizen Hentam Influencer Marah Warga Emas Depan Orang Ramai

“Saya tidak pernah berniat menghina sesiapa, saya hanya ingin bantu..”

Menurutnya, beliau tidak pernah berniat untuk menghina atau merendahkan serta mengeluarkan kata-kata kasar atau biadap terutamanya kepada golongan warga emas.

Ini kerana, beliau juga pernah merasa susah dan memerlukan bantuan orang lain untuk bangkit dan berjaya seperti sekarang. Namun, beliau tidak menafikan bahawa beliau juga seorang manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Justeru itu, beliau memohon maaf kepada semua pihak dan berjanji akan berjumpa warga emas itu semula untuk memohon maaf dan memperbetulkan semula kesilapannya.

“Berkenaan video pendek yang tular baru-baru ini, saya tidak pernah berniat ingin menghina sesiapa terutama uncle tersebut. Selama saya hidup, tidak pernah saya berlaku biadab kepada sesiapa terutama warga tua. Saya sedaya upaya cuba menghormati semua golongan. Tujuan hidup saya hanyalah ingin membantu, memberi manfaat dan mengubah hidup mereka yang memerlukan”

“Jika ketika petikan video itu dirakam kelihatan seperti saya tidak beradab dengan uncle tersebut, saya betul-betul mohon maaf atas ketidak beradaban saya. Sejujurnya sebelum, semasa dan selesai bercakap, saya menyantuni uncle dan semua gelandangan dengan baik dan mereka semua gembira pada hari tersebut. Sebab itu saya tidak terfikir akan ada sesuatu yang kurang baik baik dari video tersebut dan saya post di media sosial saya.”

“Saya minta maaf, ini pengajaran buat saya”

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Twitter miliknya sebentar tadi, Carl turut mengaku kesilapannya kerana meninggikan suara kepada warga emas berkenaan.

 

Salma Syahbuddin