Categories: FeaturedTrending

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Majlis yang dianjurkan khas untuk peminat itu berlangsung penuh meriah di The Royale Palace Shah Alam dengan dihadiri lebih 5000 peminat setia pasangan ini.

Foto: BH Online

Foto: BH Online

Foto: NSTP Images

Fattah dan Fazura kelihatan segak dan anggun menggayakan persalinan tradisional songket rona lavendar rekaan Altelia Amani.

Pada majlis tersebut, pasangan mempelai ini turut membuat kejutan dengan menyanyikan lagu dalam drama bersiri popular lakonan mereka, Hero Seorang Cinderella berjudul Cinderella. Sweet sangat!

Foto: BH Online

Selamatkan budak tersepit, Fattzura dipuji peminat…

Paling sweet dan menarik perhatian, apabila seorang pengguna Twitter @farhanajafri berkongsi sebuah video berdurasi 45 saat menunjukkan Fattah mengangkat seorang budak perempuan yang tersepit di antara crowd yang ramai. Bertambah sweet apabila Fazura siap bagi bunga lagi nak pujuk budak yang menangis itu.

Air mata Cinderella buat peminat cair…

Selain itu, air mata Fazura juga turut mencuri perhatian ramai pada majlis resepsi tersebut. Fazura dikatakan mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dan sebak dengan sambutan yang diterima daripada peminat kesayangannya.

Foto: NSTP Images

Foto: NSTP Images

Foto: NSTP Images

Foto: NSTP Images

Ad Ops