Categories: FeaturedTrending

Semakan Dan Penebusan RM 150 E-Wallet Bermula 1 Jun 2021

Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Kerajaan memperuntukkan bantuan  sebanyak RM 300 juta  untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul dalam kenyataan rasminya di Facebook  memaklumkan permohonan akan mula  dibuka mulai 1 Jun 2021.

Setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.

Menerusi PEMERKASA, bantuan e-wallet merupakan insentif untuk kerajaan mengalakkan perbelanjaan tanpa tunai dan membantu meringankan beban kewangan belia.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”