Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 13, 2021 @ 7:57pm

Sempena Hari Wanita Sedunia, Siti Sarah Nak Taja Hijab Kepada Wanita Free Hair Selama Setahun

Bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini, penyanyi Siti Sarah berhasrat untuk menaja tudung selama setahun kepada 10 orang peminatnya.

Pelantun lagu Ke Hujung Dunia itu memilih lima wanita yang sudah berhijab dan lima lagi wanita yang berhasrat untuk berhijab.

“Saya akui ramai perempuan di luar sana yang belum berhijab ada menyimpan keinginan untuk berhijab tetapi mungkin mereka tiada kekuatan atau sokongan daripada sesiapa.

“Justeru, sempena Hari Wanita Sedunia, saya mewujudkan inisiatif untuk menaja tudung jenama saya sendiri, Loveta kepada lima wanita dan sudah berhijab dan lima wanita yang belum berhijab tapi mempunyai keinginan yang sudah lama mereka simpan.

“Apa yang saya harapkan ialah niat baik ini menjadi salah satu sebab untuk mereka terus berhijab dan terus tetap pendirian untuk kekal memakai tudung,” katanya.

Tambah Sarah lagi, dia menerima pelbagai maklum balas positif daripada orang ramai yang menyimpan hasrat untuk berhijab.

“Syukur sangat, Alhamdulillah… Ramai yang bagi respons positif menerusi komen. Ada juga yang menghantar direct message (DM) di Instagram untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik dengan tampil bertudung.

“Tapi, ada juga yang kutuk usaha saya. Biasalah, netizen. Saya malas nak layan sebab tak semua orang suka dengan kita,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

“Ini Rezeki Allah Bagi” – Tak Sampai Sehari, Tudung Wawa Zainal Sold Out, Raih Hasil Jualan RM2.5 Juta!

Alhamdulillah rezeki Wawa. Tak sampai 24 jam, 90,000 helai dah sold out! 🤯

Featured Fri, 22 Nov 2024

Pemain Gitar Kumpulan Spider Meninggal Dunia

Pemain gitar kumpulan Spider, Hanafi Hamdan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada Jumaat.

Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Hiburan Wed, 1 Apr 2026

Cristina Suzanne Larang Anak Masuk Asrama, Akui Bimbang Kes Buli – “Bukan Overprotective, Tapi…”

Menurut Cristina, dia sudah menetapkan sejak awal anaknya bebas menentukan hala tuju hidup sendiri apabila mencecah usia 18 tahun

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Featured Sun, 9 Jul 2023
error: Content is protected !!