Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan semua sekolah di seluruh Selangor ditutup selama dua hari bermula Khamis.
Menurut Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail , penutupan itu adalah selaras keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor (JKKNS) pada Rabu yang mengesyorkan agar sesi persekolahan ditutup bermula 6 Mei sehingga 12 Mei.
“Syor JKKNS ini adalah usaha bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes di Selangor,” katanya menerusi satu salinan surat kepada semua Pegawai Pendidikan Daerah di Selangor yang dikeluarkan pada Rabu.
Penutupan sekolah ini akan berterusan sehingga cuti Hari Raya Aidil Fitri seperti diumumkan KPM pada 26 April lalu.
Dalam pada itu, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini juga adalah seperti mana dijadualkan oleh pihak sekolah.
Bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid, ibu bapa dan penjaga, beliau berkata, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang telah ditetapkan.
“Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan guru-guru dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Sumber: Sinar Harian
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..