Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 30, 2022 @ 1:09pm

Shahir Nikah 2 September Ini

Penyanyi Shahir Zawawi bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Jaskin Jaludin, 30, di Subang Jaya, pada 2 September ini.

Memetik laporan Harian Metro, Shahir, 34, atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berkata, dia berdebar untuk melangkah ke fasa seterusnya selain bakal menjadi ketua keluarga.

“Perasaan saya ketika ini sudah tentu berdebar-debar. Sebab nak pergi ke satu fasa yang juga alam kehidupan baru yang selama ini kita bersendirian, tapi kali ini nak berdua dan berteman. Selain itu masuk dalam keluarga baru.

“Jadi saya perlu sesuaikan diri, membawa diri, dalam masa sama nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Saya kira banyak perkara lagi yang perlu dilalui,” katanya.

Pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu juga memberitahu segala persiapan sudah dilakukan biarpun dibuat dalam tempoh singkat.

“Sekarang ini saya lebih kepada berdoa, semoga Allah permudahkan segala urusan. Persiapan saya buat ini banyak dalam masa singkat untuk majlis kahwin ni. 

“Bagi saya, majlis ini lebih pada nak halalkan hubungan dan dalam masa sama moga Allah permudahkan,” katanya.

Shahir dan pasangannya juga bakal diraikan pada majlis persandingan yang diadakan pada 3 September di lokasi sama.

Terdahulu, Shahir mengikat tali pertunangan pada 16 Julai lalu di kediaman wanita itu di Tawau, Sabah.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 May 2025

Diharamkan Masuk Singapura Seumur Hidup, Tony Eusoff Kemuka Rayuan -“Siapa Suruh Saya B*doh”

Tony Eusof dibanned masuk Singapura akibat isu dadah yang berlaku pada 2016.

Featured Fri, 27 Sep 2024
Trending Thu, 8 Apr 2021
Trending Fri, 19 Jun 2020

Jejak Kasih Antara Ketua Polis PJ Dan Aunty Ah Siong Undang Sebak!

Jejak kasih walau berlainan agama, bangsa dan budaya. Min pun sebak!

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Featured Fri, 15 May 2026
Trending Thu, 7 Jun 2018

Tak Jadi Kahwin Jutawan Arab, Rihanna Putuskan Hubungan Kerana Bosan

Hasrat untuk mengahwini juwatan Arab Saudi nampaknya tidak kesampaian apabila penghibur antarabangsa, Rihanna membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Hassan Jemeel.

error: Content is protected !!