Categories: Trending

“Siapa JADAH ni? SUMPAH DIVA AA Tak Kenal!”- Kecam Juara #AJL34, Azwan Ali Cetus Kemarahan Netizen

Siapa sangka disebalik ucapan tahniah dan kegembiraan yang diterima penyanyi Naim Daniel setelah beliau berjaya menjulang AJL 34, masih ada segelintir individu yang bersikap “kurang ajar” terhadap penyanyi tersebut. 

“Siapa JADAH ni? Semak stage kunun Juara”- Azwan Ali

Belum pun tamat isu kontroversi bersama Dato Vida, Azwan Ali atau DIVA AA sekali lagi menimbulkan isu sensasi di laman sosial media. Menerusi laman twitter DIVA AA, Azwam memuat naik status dan mendakwa dia tidak mengenali penyanyi lagu ‘Sumpah’. Azwan Ali juga turut mengeluarkan kenyataan dengan memanggil Naim Daniel panggilan yang agak melampau. 

“Sayalah JADAH yang support Uncle Azwan ketika PRU14”- Naim Daniel

Tidak menunggu lama, Naim Daniel terus membalas tweet DIVA AA dengan memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia pernah menjadi penyokong setia Azwan Ali sewaktu PRU ke 14. Naim turut memberitahu bahawa dia sedar dia masih perlu belajar banyak perkara dan berdoa semoga Azwan Ali sentiasa dilindungi Tuhan. 

“Nak publisiti memang macam tu”- Netizen 

Rata-rata netizen di Twitter menasihatkan agar Naim Daniel tidak menghiraukan kecaman Azwan Ali, malah mereka juga mengatakan bahawa kematangan individu tidak berlandaskan faktor umur semata-mata. 

Diharapkan Naim Daniel semakin tabah dan kuat menerima kritikan, bak kata orang “buang yang keruh, ambil yang jernih”. Perjalanan seni anak muda ini masih panjang, namun yang pasti potensi dan bakat yang dimiliki Naim mampu membawa beliau jauh ke persada antarabangsa seiring dengan artis-artis tersohor negara. Yang penting, persembahan Naim di pentas AJL 34 mempunyai kelas tersendiri dan layak diangkat sebagai juara.  Semoga terus sukses!

Sumber: Twitter Naim Daniel

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”