Trending By: Attiqah Mohd August 2, 2019 @ 8:55pm

Simulasi Haji Cilik Bersama Alif Dan Sofia Galakkan Kepentingan Ilmu Haji Buat Anak-Anak Sejak Kecil

Animasi Interaktif Alif & Sofia, karya terbitan bersama Primeworks Studios dan Blindspot Studios mengumumkan kolaborasi mereka dengan Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dibawah program Simulasi Haji Cilik 2019 (SHC) hari ini.

Kerjasama itu merupakan inisiatif mereka untuk menjangkau dan beramah mesra bersama penonton utama Alif & Sofia yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia di lingkungan 4 hingga 6 tahun. Siri animasi 3D Alif & Sofia yang hanya boleh didapati menerusi platform Youtube, menampilkan kandungan berunsur pengajaran Islam yang sesuai ditontoni kanak-kanak prasekolah pada zaman ini.

Simulasi Haji Cilik bersama Alif dan Sofia

Simulasi Haji Cilik merupakan sebuah sesi pembelajaran praktikal yang direka khas untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang Rukun Islam yang kelima, iaitu melaksanakan Haji.

Antara topik yang dikupas termasuklah prinsip-prinsip Islam (Rukun Islam), prinsip-prinsip Haji (Rukun Haji), dan kisah Nabi Ibrahim a.s.

Selain itu, episod siri tersebut boleh didapati menerusi platform Youtube rasmi Alif & Sofia di www.youtube.com/alifsofia dan ianya juga telah dijemput ke udara di program jamuan istimewa khas Hari Raya Haji TV3 Malaysia dari 5 hingga 11 Ogos 2019 pada jam 5.00 petang setiap hari. 

Senario pelaksanaan Haji telah dicipta semula di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz mengikut stesen-stesen asas dimana lebih 3,000 kanak-kanak yang lengkap berpakaian Haji dibawa oleh guru-guru mereka untuk membuat Haji di setiap stesen terpilih.

“Sejak kami melancarkan semula saluran YouTube Alif & Sofia pada bulan Mei, saluran ini telah mencapai hampir 60,000 langganan. Kami sangat digalakkan dengan pertumbuhan ini dan dengan kerjasama Simulasi Haji Cilik 2019. Kami berharap Alif & Sofia akan terus menyuntik rasa keseronokan ke dalam proses pembelajaran harian dan aktiviti untuk kanak-kanak dalam tempoh prasekolah mereka, ” kata Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios.

Episod baru Alif & Sofia ditayangkan di saluran Youtube rasmi setiap Jumaat petang. Ikuti Alif & Sofia di laman Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia, atau melalui #AlifSofia di semua platform sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 8 May 2022
#SkoolXTRA Tue, 4 Apr 2023
Featured Fri, 2 Sep 2022

“Sejarah Akan Berulang Kalau Tidak Dijaga” – Fikry Ibrahim Idam Watak Pahlawan Negara

Fuhh mesti best kan kalau Fikry berlakon watak pahlawan 😍

Trending Mon, 27 Sep 2021

“Ada Lebam Sedikit, Berdarah” – Elizabeth Tan Dedah Alami Cedera Ringan Gara-Gara…

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, penyanyi Elizabeth Tan juga menjadi bintang pilihan untuk menghiasi karya di televisyen dan filem. Terbaharu, wanita yang mesra dengan nama Lizzy ini bakal muncul dalam drama terbaru Gerak Khas Undercover […]

Hiburan Mon, 22 Apr 2024

“Salah Orang Nampak, Tapi Kena Ingat Diri Kita Juga Tak Baik…” – Ibu Shila Amzah

Dalam bahasa mudah, kena cermin diri kita dulu dalam apa jua situasi 🙂‍↔️

Hiburan Fri, 15 Sep 2023
Hiburan Fri, 13 May 2022