Categories: Trending

Single Lebih Membahagiakan

Melihat teman sebaya sudah berkeluarga dan bahagia dengan teman hidup masing-masing, hati siapa yang tidak terusik apatah lagi jika diri masih solo tanpa teman yang menemani hari.

Namun siapa kata single tanpa kehadiran kekasih hati akan menghalang anda mengecap bahagia? Meletakkan definisi bahagia anda pada seseorang adalah benda terakhir untuk hidup gembira, tahu? Ini sebab kenapa single lebih membahagiakan:

1) Buat apa sahaja sesuka hati

Mahu keluar catch-up session dengan kawan-kawan sekolah di café hipster, tengok wayang, bercuti di pinggir KL, apa sahaja boleh dilakukan tanpa ada sesiapa pun boleh melarang, ataupun berkewajipan membuat daily report. Tak perlu sama sekali!

2) Masih boleh berkawan dengan bekas kekasih

Anda tak perlu risau sesiapa akan cemburu jika anda mengucapkan selamat ulang tahun kepada bekas kekasih. Atau mungkin juga mahu keluar lepak sambil mencuba makanan di restoran baru di Damansara? Terpulanglah.

3) Tak perlu berkongsi

Nikmati saat-saat single ini kerana ini maksudnya anda tidak perlu berkongsi apa-apa dengan sesiapa pun, dari kek keju mangga kegemaran atau masa selepas waktu kerja.

4) Buat kerja gila yang dah lama diidamkan

Berpindah dari bandar besar KL ke Pantai Timur? Check. Sambung belajar? Check. Travel dengan train ke Thailand-Myanmar-Vietnam? Check.

5) Cerai? Nope.

Statistik menunjukkan pada 2015, 156 pasangan bercerai setiap hari. jadi, kenapa perlu memperjudi hidup anda, kerana hidup tak bermula denga adanya cincin di jari manismu, bukan?

6) Tak perlu menghadap mentua dan ipar-duai

Bertuah sungguh kalau dapat keluarga mentua yang menerima anda seadanya, tapi kalau tidak, bagaimana? Syukurlah sekarang anda hanya ada satu keluarga yang boleh tahan banyak juga telatahnya. Paling penting, keluarga sendiri boleh faham dengan perangai anda!

7) Boleh hias rumah mengikut citarasa sendiri

Lelaki biasanya tidak suka warna merah jambu, atau warna pastel, tapi siapa kisah kalau anda single, kan?

8) Hadiah ulangtahun, hari jadi, bulan madu? Nay.

Jadi lebih banyak boleh dibelanjakan untuk beg dan kasut berjenama yang digemari! Voila!

9) Anak mengubah segalanya

Hidup akan berubah 180 darjah apabila anda berkahwin dan beranak. Nikmati waktu tidur, masa terluang dan ketenangan sementara boleh, anda akan merinduinya satu ketika nanti.

10) 30-an adalah 20-an terbaru

Ya, mungkin ibu bapa anda berkahwin di usia 24 tahun, tapi zaman sudah banyak berubah. Ramai di kalangan kita menggunakan umur 20-an untuk travel, menikmati hidup dan mengembangkan karier. Jadi tak salah menunggu jodoh untuk datang sehingga tiba masanya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Ad Ops