Categories: Trending

SOP Terkini, Kelonggaran Bagi Jumlah Penumpang Adalah Mengikut Kapasiti Kenderaan – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kelonggaran bagi jumlah penumpang berdasarkan kapasiti kenderaan dinaiki yang bermula hari ini adalah dibenarkan untuk semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Kita mendengar pandangan dan rayuan ramai supaya membenarkan jumlah penumpang mengikut tempat duduk kenderaan, maka mesyuarat teknikal hari ini bersetuju membenarkannya.

Gambar sekadar hiasan

Boleh makan di kedai mengikut saiz / kapasiti meja

Selain itu, kerajaan juga membenarkan pelanggan untuk menikmati hidangan di restoran mengikut saiz atau kapasiti meja makan dengan syarat ada penjarakan fizikal 1 meter.

Terdahulu, kebenaran makan di kedai terutamanya di kawasan PKP hanya terhad kepada dua orang bagi satu meja sahaja. Manakala, di kawasan PKPB dan PKPP pula adalah mengikut kapasiti meja makan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah SOP terbaharu yang dikeluarkan oleh MKN, boleh tonton video di bawah;

 

Salma Syahbuddin