Categories: FeaturedTrending

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Untuk Pembangunan Semula

Stadium Shah Alam bakal dirobohkan tidak lama lagi bagi melakukan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Memetik laporan Bernama, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memberi kebenaran bagi projek pembangunan tersebut pada Jumaat lepas dan perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Baru dapat kebenaran MBSA semalam (Jumaat),” jawabnya kepada pengikut menerusi laman X.

Sebelum ini, kerajaan Selangor dilaporkan telah menghantar pelan Kebenaran Merancang (KM) untuk projek KSSA pada 15 November lepas dengan proses perobohan Stadium Shah Alam yang memperuntukkan kos berjumlah RM35.5 juta.

Terdahulu, media melaporkan projek pembangunan semula KSSA melibatkan kawasan seluar 76.08 hektar berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang tahun 2026.

Sumber: Bernama

Atiqah Johari