Categories: Trending

Status Permohonan Geran Khas Prihatin Boleh Disemak Mulai Hari Ini

Kerajaan kini telah meluluskan sebanyak 488, 857 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).

Manakala, sebanyak 81,260 permohonan masih dalam proses semakan lanjut.

Tarikh pembayaran adalah 15 Jun ini

Sumber : Google

Menurut Menteri Kewangannya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, semakan status permohonan boleh dibuat hari ini.

Dan bagi status permohonan yang lulus pula, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun 2020.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini

Permohonan tidak lulus dan tempoh rayuan

Sumber : Google

Terdapat sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus dan mereka boleh membuat rayuan bermula pada 3 hingga 15 Jun ini melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. 

Manakala, bagi rayuan yang lulus, bayaran akan mula dibuat mulai 29 Jun ini.

Salma Syahbuddin