Categories: Trending Hari Ini

[TERKINI] Boleh Solat Jumaat Dengan Bilangan 40 Jemaah Di Kelantan

Berita baik buat penduduk di negeri Kelantan!

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di negeri ini dengan bilangan jemaah 40 orang bermula Jumaat ini.

Bilangan jumlah jemaah itu merangkumi imam tua, imam muda, bilal, siak, ahli jawatankuasa masjid dan anak mukim yang terpilih.

Ikut Prosedur SOP

Senarai dan maklumat jemaah yang terpilih perlu didaftarkan kehadiran mereka dalam buku pendaftaran selain membuat saringan suhu dan memakai pelitup muka.

Menurut Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz hari ini, jawatankuasa dan anak-anak mukim yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir.

Antara SOP lain yang ditetapkan adalah, jemaah yang bergejala adalah tidak dibenarkan hadir. Aliran pengudaraan di dalam ruang solat perlu dijaga dengan membuka semua pintu, jendela dan tidak dibenarkan memasang alat pendingin hawa.

Jadi, patuhi SOP pengurusan masjid okay! Gagal ikut, maka tindakan sewajarnya akan diambil.

Stay safe semua!

Kredit: Harian Metro

Syafiqa Irdina