Categories: Trending

Harga Minyak Dunia Bakal Meningkat Khamis Ini?

Harga minyak telah meningkat pada Selasa lalu apabila peserta pasaran bertaruh untuk melanjutkan pengurangan pengeluaran oleh pengeluar minyak utama.

Perkara ini telah dilaporkan menerusi agensi berita Xinhua.

Penghantaran West Texas Intermediate untuk bulan Julai telah bertambah sebanyak US$1.37 kepada US$36.81 setong di New York Mercantile Exchange. Menurut Dow Jones Market Data, jumlah ini merupakan penutup tertinggi untuk kontrak bulan depan sejak 6 Mac lalu.

Penanda aras global minyak mentah Brent untuk penghantaran Ogos juga turut bertambah sebanyak US$1.25 kepada US$39.57 setong di London ICE Futures Exchange.

Harga pasaran ini didorong menerusi laporan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum termasuk Moscow (OPEC +). OPEC+ juga sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran ketika ini sehingga menjelang akhir Jun

Pekara ini akan diputuskan di dalam mesyuarat yang dijangka bakal diadakan pada Khamis ini.

OPEC + turut bersetuju pada April lalu untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta tong sehari pada bulan Mei dan Jun atas faktor pandemik COVID-19. Pemotongan harga minyak ini bermakna pengeluaran telah berkurang kepada 7.7 juta tong sehari bermula Julai hingga akhir 2020.

Suumber: Bernama

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover