Categories: Trending Hari Ini

Garis Panduan Pembukaan Sekolah Diedar Esok, Pihak Sekolah & Guru Perlu Bersedia

Ambil perhatian semua.

Pihak sekolah dan guru-guru kini perlu membuat persediaan sewajarnya kerana Standard Operasi (SOP) atau garis panduan pengurusan pembukaan sekolah akan diedarkan pada esok hari.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin semalam berkata, garis panduan tersebut adalah berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah yang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan Akan Pantau Sekolah

“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi,” jelas Menteri Pendidikan.

Mengenai sesi persekolahan pula, beliau berkata setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan dan pihaknya bekerjasama rapat bersama KKM dan MKN untuk memutuskan perkara itu.  

Jadi, harapnya ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik dan mendisiplinkan diri dan anak-anak untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial ya!

Kredit: Bernama

Syafiqa Irdina