Categories: Trending

Syarat & Kriteria Pengeluaran i-Sinar Kategori 2 Ditambah Baik

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan sentiasa peka dengan keluhan dan isi hati rakyat terhadap pelbagai inisiatif seperti i-Sinar.

Justeru itu, kerajaan akan menambah baik kriteria dan syarat pengeluaran i-Sinar di bawah Kategori 2.

Sumber : Facebook

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, beliau memaklumkan bahawa suara rakyat didengari dan penambahbaikan akan dilakukan dengan kadar segera.

Terdahulu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memberi kelulusan automatik i-Sinar bagi mereka yang memohon i-Lestari sebelum ini berkata, situasi ketika ia melancarkan i-Lestari dan i-Sinar adalah sangat berbeza.

Sumber : Facebook

KWSP memahami situasi ekonomi berbeza bagi setiap ahli dan bergantung kepada sektor pekerjaan dan industri masing-masing. Justeru, i-Sinar tersedia untuk membantu ahli terbabit.

Salma Syahbuddin