Trending By: Fatin Nurain April 25, 2024 @ 11:08am

Tak Ambil Port Isu Aliff Aziz, Bella Astillah & Ruhainies… Kesal Fakta Dimanipulasi, Giliran Chacha Maembong Beri Penjelasan

“Saya bukan jenis kacau tepi kain orang,” tegas pelakon Chacha Maembong selepas namanya dan kakaknya, Emma Maembong dikaitkan dalam isu curang di antara pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.

Kontroversi mula tercetus apabila wanita yang mendakwa dirinya kekasih Aliff, Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan besar-besaran perbualan di antara penyanyi yang berasal dari Singapura itu bersama Ruhainies, malam tadi.

Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, nama Emma dan Chacha telah dipetik oleh Ruhainies seolah-olah mereka terlibat untuk mengutuk Bella.

Bagaimanapun, Emma tampil menjelaskan bahawa niatnya hanya sekadar bertanya, namun tidak menyebelahi mana-mana pihak dan memohon maaf akan khilafnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Terkait Isu Ruhainies, Aliff Aziz & Bella Astillah… Emma Maembong Akui Khilaf, Nafi Back-Up Mana-Mana Pihak

Enggan berdiam diri, Chacha turut menyatakan bahawa dirinya telah difitnah dan dia sama sekali tidak pernah berhubung dengan Ruhainies secara personal untuk mengutuk Bella.

“First of all, saya tak rapat pun dengan ruhainies tu. Saya tak pernah keluar makan, Whatsapp, video call dan call dia pun. Saya pernah bekerja dengan dia sekali je itu pun drama lama.

“Lepas tu kalau jumpa dekat event saya hi bye sahaja. Kejadian yang berlaku ni bermula sebegini. Video call tu telah dibagi kepada saya bukan saya yang nak cakap dengan dia.

“Saya cakap saya tak tahu apa yang berlaku dan taknak tahu masalah mereka. Apa yang saya tahu semua yang lalu dari social media. Saya tak ambil port pasal mereka.

“Tiba-tiba keluar statement saya cakap pasal Bella. Saya agak pelik nama saya timbul. Kenapa timbul nama saya sedangkan saya tak ada kena mengena,” jelasnya.

Kesal dengan tindakan Ruhainies yang memutar belitkan fakta kepada Aliff, Chacha turut mendedahkan rakaman suara aktres itu selepas diasak untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Saya tak pernah Whatsapp Ruhainies. Ini perbualan pertama kali kami. Saya tanya dia kenapa petik nama saya. Korang punya problem kenapa petik nama saya tambah bunga lagi tu. Dia kata Sarah yang ambil phone Aliff.

“Babe, itu conversation antara saya dengan Aliff. Saya tak tahu minah tu nak hack fon Aliff macam tu. Itukan benda lama yang kita jumpa, video call dengan you and Emma. Perempuan tu ambil phone Aliff,” jelas Ruhainies dalam sebuah rakaman suara menerusi aplikasi Whatsapp.

Tambah Chacha, dia turut meminta Ruhainies membersihkan namanya selepas dikecam teruk oleh netizen.

Chacha juga turut memohon maaf kepada Bella atas salah faham yang berlaku menerusi ruangan kapsyen.

“Bila saya balas dia tak reply saya dan bagi tahu dia dekat balai. Saya cakap dekat dia saya kena kecam. Cakap saya bercakap pasal Bella which benda tu memang tak betul. Saya tak boleh biar je sebab takda kena mengena.

“Saya tak contact dia langsung tapi saya yang kena teruk benda yang saya tak buat. Saya minta dia bersihkan nama saya.

“Di sini saya sertakan video penjelasan saya terhadap kes yang baru baru ni tular tentang saya berkata buruk pasal Bella Astillah yang sebenarnya saya difitnah.

“Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang , tapi saya nak minta maaf kalau ada yang tersinggung tentang kes ini lebih lebih lagi, Bella . Maaf sekali lagi , sekian,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong)

Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

ARTIKEL BERKAITAN:Panggil ‘Sayang’, ‘I Love You’… Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz Dengan Ruhainies Didedahkan! Dakwa Ada Rancangan Jahat Jatuhkan Bella Astillah?

ARTIKEL BERKAITAN: Siap Kongsi Video Cium Pipi! Mengaku Jalin Cinta Sejak Januari 2024, Wanita Ini Cerita Kronologi Hubungan Dengan Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Pendedahan Bukti Pesanan WhatsApp, Video Cium Pipi & Rancang Jatuhkan Bella Astillah, Ibu Aliff Aziz Kini ‘Deactivate’ IG?

ARTIKEL BERKAITAN: “Inilah Kemanisan Orang Bersabar” – Sudah Bersua Muka, Bella Astillah Lega Sarah Yasmine Bersikap Jujur & Kemuka Bukti Tambahan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 Sep 2020
Trending Wed, 17 Aug 2022

‘Boleh Tegur Tapi…’ – Ani Maiyuni Pertahan Kerjaya Sebagai Artis Dangdut

Penyanyi Dangdut, Ani Maiyuni memberi pandangan tentang sikap pengguna laman sosial yang selalu memandang rendah dan menghina kerjaya penyanyi dangdut. Bagi Ani, dia beranggapan golongan selebriti sentiasa terbuka menerima teguran, namun jangan keterlaluan dalam memberi […]

Hiburan Tue, 18 Oct 2022

Cikgu Fadli Mohon Maaf Kepada Caprice, Mohon Semua Jangan Jadi Batu Api

Media sosial kini hangat diperkatakan tentang isu Cikgu Fadli Salleh yang dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib gara-gara lantang bersuara mengenai isu pendidikan negara sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi rap, Caprice. Caprice yang sering mengulas […]

Trending Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah

setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30.

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Imam Shah Tak Boleh Fokus Berlakon Sama Dengan Hannah Delisha – “Isteri Comel Sangat Sampai Nak Gigit”

Amboiiiii, sweet sangat ni! Isteri comel, cantik.. Tak boleh fokus si suami 🤪🤪🥰