Trending By: Maya Basir February 1, 2024 @ 11:50am

“Tak Boleh Pentingkan Diri” – Derita Penyakit Kronik, Nas Ahmad Nafi Kena ‘Sidai’ Dengan Pihak Hospital

Bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad menafikan kena ‘sidai’ di hospital sehingga terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan penyakit kronik seperti masalah jantung.

Memetik laporan Harian Metro, Nas atau nama sebenar Md Nasir Ahmad mengatakan wajar sebagai pesakit dia perlu menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

“Alhamdulillah, sehingga kini saya tak pernah kena ‘sidai’ atau ‘disidai’ oleh pihak hospital untuk menjalani rawatan. Cuma, perlu mengikut giliran sebagaimana ditetapkan menerusi tarikh temujanji dengan doktor.

“Sebagai pesakit, kalau pun perlu menunggu, itu situasi atau perkara biasa kerana bukan kita seorang saja yang sakit, tapi ada ramai lagi orang sakit dan perlukan rawatan. Jadi, tidak boleh pentingkan diri dan ikut saja giliran.

“Lagi pula, sistem giliran dibuat pihak hospital dengan mengaturkan tarikh temujanji pesakit adalah wajar dan jika berasa kurang sihat sebelum itu, terus saja ke hospital dan pasti dilayan,” katanya.

Terdahulu, Nas dilaporkan berhadapan masalah jantung pada 2022 lalu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan, namun dia kemudian dirujuk ke pakar jantung di Hospital Serdang.

Nas yang kini berada dalam keadaan sihat dan stabil dijangka akan menjalani rawatan Angiogram bagi masalah jantung dihidapinya pada Mac depan di Hospital Serdang.

Sepatutnya dia sudah melakukan rawatan Angiogram itu pada awal Januari lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keputusan ujian darah terlalu cair dan bimbang darah susah berhenti jika melakukannya.

Nas yang kini tidak boleh bekerja kerana masalah jantungnya itu, berstatus asnaf disebabkan miskin bandar kini menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) untuk membayar sewa rumah, RM700 sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Kosong, Kunci Kereta Pun Saya Tak Mampu Betulkan” – Nas Ahmad Hilang Punca Pendapatan, Terharu Rakan Artis Seperti Mawi Hulur Bantuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Nov 2020

Safawi Rasid Mohon Peminat Bola Sepak Negara Jaga Adab

Kita doakan yang terbaik buat Pawi okay!

Trending Sat, 1 Aug 2020
Trending Sun, 9 Jun 2019

Lelaki Guna Siren Polis Mudahkan Perjalanan Ditahan

Satu set siren yang telah dipasang dalam kereta berkenaan turut ditemukan, apa yang dibuat dengan siren tu ya?

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

Featured Thu, 22 Jul 2021
Trending Thu, 30 Aug 2018

Nenek Usia 78 Tahun Hamil Anak Pertama

Warga emas berusia 78 tahun itu dikhabarkan hamil lima bulan dan perkara ini disahkan oleh suaminya, Ade Irawan.

Trending Mon, 26 Aug 2019
Trending Wed, 27 Apr 2022

Suka Makan Fast Food, Gadis Alami Kegagalan Buah Pinggang

Akibat gemar makan fast food, buah pinggang gadis ini tidak berfungsi.