Categories: Trending

Tak Minta Banyak, Dr. Noor Hisham Hanya Mahukan Semua #StayAtHome Sempena Hari Lahirnya!

Happy Birthday To Our Hero!

Tanggal Selasa, 21 April hari ini menjadi tarikh istimewa buat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham yang menjadi tumpuan masyarakat sedunia ketika ini, menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57 tahun!

Menurut laporan Berita Harian semalam, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan ‘permintaan’ kepada semua rakyat Malaysia supaya kekal duduk di rumah dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak ini.

“Sempena hari jadi saya esok, 21 April, hadiah paling istimewa untuk saya ialah, kalau boleh rakyat Malaysia kekal duduk di rumah dan amalkan kebersihan yang tinggi,” katanya sambil tersenyum.

Melalui sidang media semalam juga, Dr. Noor Hisham membawa khabar positif mengenai wabak COVID-19 apabila menyatakan jumlah kes positif baharu dicatatkan Malaysia semalam adalah yang terendah dengan 36 kes dan tiada kematian dilaporkan.

Ayuh guys, sama-sama kita tunaikan ‘hadiah’ hero kita yang telah berkerah idea dan tenaga untuk menyelamatkan negara daripada wabak Covid-19 ini okay?

Sekali lagi, Xtra ucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-57 buat Datuk Dr. Noor Hisham!

Kredit: Berita Harian

Syafiqa Irdina