[TERKINI] Akibat Suruh Staf Masuk Kerja Dalam Tempoh PKP, Bos Ini Terima Padah!

Di penjara dan didenda sebanyak RM10,000!

Seorang pengarah syarikat kilang kitar semula, Ong Lin-Tjong, 39, didenda sebanyak RM10,000 dan penjara 7 hari selepas beliau dipercayai membenarkan pekerjanya bekerja dalam tempoh PKP.

Simber : Google

Tertuduh mengaku bersalah mengikut seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Arif Mohammad Shariff.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dari Kilang Privilege Industry Sdn Bhd yang beroperasi di Kawasan Perusahaan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah dan beliau didapati membenarkan dua lelaki berhimpun di dalam kilang bagi tujuan sosial pada jam 11.50 malam.

Sumber : Google

Tertuduh juga boleh berdepan hukuman penjara selama 6 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Manakala, seramai 23 lagi lelaki didenda RM 1,000 setiap seorang dan dihukum penjara 7 hari selepas mereka mengaku bersalah melanggar PKP di mahkamah yang sama.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin