Categories: FeaturedOh Lawa

Pashmina Bunga Citra Lestari serlahkan keayuan si pemakai

Pashmina atau selendang adalah antara koleksi fesyen yang menjadi pilihan hati ramai wanita. Pemakaian pashmina bukan sahaja sesuai untuk mereka yang berhijab, malah sesuai digayakan sebagai skaf buat mereka yang tidak bertudung.

Menanam hasrat untuk memiliki koleksi fesyen sendiri, impian pelakon dan penyanyi cantik Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kini tercapai apabila dia memulakan perniagaan fesyen Muslimah dengan melancarkan perniagaan dalam talian di Instagram.

Menerusi akaun @rumahbcl, isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu melancarkan koleksi eksklusif pashmina dengan rekaan minimalis dan ringkas, tetapi elegan.

Koleksi pashmina BCL mempunyai 19 pilihan warna menarik antaranya Night Blue, Denim, Black Onyx, Forest, Lotus dan banyak lagi.

Menggunakan bahan comfort voile textured, koleksi pashmina BCL bukan sahaja mempunyai fabrik yang lembut, malah sangat mudah dibentuk dan selesa dipakai.

Menariknya, pashmina itu turut dilengkapi jahitan emas istimewa logo BCL bagi menyerlahkan ciri kemewahan pada si pemakai.

Pashmina BCL sesuai dipakai untuk sebarang majlis dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya menarik mengikut kreativiti masing-masing.

Koleksi pashmina BCL yang didatangkan dengan kotak yang cantik dan eksklusif, dijual pada harga RM195.45 termasuk kos penghantaran ke Malaysia.

Ad Ops