Categories: Trending

Takziah! Kisah Nur Aisyah Aleya Berakhir Dengan Kematian

Seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kes apabila seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu kini menemui pengakhiran apabila mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Nur Aisyah Aleya yang berumur 3 tahun dilaporkan meninggal dunia apabila polis menjumpai beg pakaian yang mempunyai tengkorak dan cebisan rambut milik mangsa  ditemui di kawasan hutan di Gunung Raya, Langkawi.  Tengkorak mangsa dan cebisan rambut dijumpai di kawasan gunung yang curam.

Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang apabila ibu kandungnya menghantarnya ke rumah teman lelakinya yang disyaki sebagai suspek utama kes pembunuhan ini.

Suspek yang telah pun berkahwin dan mempunyai 4 orang akan kandung kecil dipercayai seorang yang panas baran dan sering mendera kanak-kanak ini. Isteri suspek turut dipercayai bersubahat dalam kes pembunuhan ini. 

Kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Ibu kanak-kanak ini menyedari kehilangan anaknya setelah pergi ke rumah suspek di Hospital Langkawi .

Ibunya membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada anak suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Mayatnya ditemui dalam keadaan yang cukup menyayat hati. Kami di team Xtra mengucapkan takziah buat keluarga mangsa. Semoga roh mangsa dicucuri rahmat.  

Ad Ops