Tidak dapat dinafikan, kehidupan zaman sekarang menuntut ramai orang untuk bekerja keras terutamanya dalam meneruskan kehidupan. Maka tidak hairanlah jika golongan anak-anak orang asli ini juga sedikit sebanyak turut terjejas.
Walaupun pelbagai bantuan diberikan oleh pihak kerajaan dalam mendepani fasa Covid-19, namun siapa sangka anak-anak golongan ini begitu teruja menerima bantuan berupa peralatan untuk menunaikan ibadah antaranya barang bantuan yang disedekahkan kepada golongan memerlukan.
Perkara ini jelas dapat dilihat menerusi reaksi anak-anak orang asli ini apabila syarikat pakain muslimah terkenal, Munawwareen menghulurkan bantaun telekung kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang yang pastinya mengundang sebak bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
Menurut Pengasas pakaian muslimah, Munawwareen, Aliza Abu Bakar, beliau jarang sekali melihat penerima bantuan berusia muda yang kelihatan sebak apabila menerima bantuan terutamanya pakaian untuk beribadah ini.
“Biasanya, orang yang sudah berumur sahaja yang paling teruja dapat telekung. Sedangkan adik Azura binti Anjau ini masih muda remaja. Sejujurnya, airmata syukur adik Azura yang sebak mengalirkan titis air mata buat hati saya tersentuh.
“Saya tanya kepada dia, kenapa Azura sebak? Katanya dia sudah lama mengimpikan telekung yang cantik dan mewah, namun masih belum ada rezeki untuk membelinya. Bila saya perhatikan, tudung yang dia pakai pun sudah lusuh.
“Adik Azura kata lagi, biasanya sumbangan yang disalurkan kepada komuniti Perkampungan Orang Asli Bukit Lagong, Selayang, berupa keperluan harian. Jadi, kali ini dia sangat teruja bila menerima hadiah telekung eksklusif daripada Munawwareen.
“Tentunya saya sebagai tulang belakang jenama Munawwareen berasa amat bersyukur. Semoga adik Azura rasa gembira setiap kali memakai telekung Munawwareen ketika menunaikan solat,” katanya.
Bukan itu sahaja, ciapan ini juga turut menerima 69,000 tontonan dan telah di ulang kicau sebanyak 231 kali di laman Twitter.
Apapun, benarlah bagai dikata kehidupan sekarang sangat menuntut untuk kita bersyukur dengan apa yang diperolehi tanpa mengeluh dengan sesuatu yang kita belum pasti.
Wah, MK jadi jahat!
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..