Categories: Trending

[TERKINI] Hidangan Bufet Tidak Dibenarkan Dalam Majlis Sosial

Walaupun majlis perkahwinan telahpun dibenarkan namun, hidangan makanan dalam bentuk bufet atau layan diri masih tidak dibenarkan dalam mana-mana majlis sosial termasuklah majlis perkahwinan, kenduri dan pertunangan.

Majlis TIDAK dibenarkan sekiranya…

Mengikut peraturan yang termaktub dalam SOP penganjuran sosial yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai pelaksanaan PKPP yang berkuatkuasa pada 22 Jun lalu, majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan kesesakana tetamu.

Ini turut diperakui oleh Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataannya iaitu, SOP ini bukan sahaja untuk majlis perkahwinan dan aktiviti kenduri malah, aktiviti sosial dan ketika berada di rumah ibadat (bagi bukan islam).

“Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas majlis”

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kebenaran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa untuk majlis sosial dan akad nikah.

Salma Syahbuddin