Tragis!
Pesawat yang membawa 8 penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, Jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan rakannya seorang warga Amerika terlibat dalam nahas berkenaan pada jam 8 malam waktu tempatan.
Menurut laporan media Filipina, pesawat Westwind itu dilaporkan terbakar dan meletup di Landasan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) sekaligus mengorbankan kesemua lapan orang penumpang pesawat terbabit.

Sumber : Google
Memetik laporan Berita Harian, difahamkan pesawat RPC 5880 yang mahu berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber : Google
Bagaimanapun, landasan terbabit telah ditutup manakala penyiasat tiba di lokasi untuk menentukan punca insiden berkenaan.
“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Sumber : Google
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.02 malam waktu tempatan.