Categories: Trending

[Terkini] “Tiada Solat Jumaat Dan Jemaah Selama 10 Hari Bermula Esok” – Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

Bermula 17 Mac hingga 26 Mac ini, tiada solat jumaat dan jemaah serta sebarang aktiviti berkaitan dengan masjid dan surau di Negeri Sembilan dilakukan.

Kenyataan itu ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berdasarkan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan (KKM) dan perbincangan Ahli Mesyuarat Muzakarah Khas yang bersidang semalam.

Operasi Pembersihan Dilakukan

“Dalam tempoh itu, semua  masjid dan surau akan melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman bagi langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan wabak berlaku. Pelanjutan dan penamatan 10 hari berkenaan  tertakluk kepada pandagan dan nasihat Kementerian Kesihatan,” kata

Jenazah Mangsa COVID-19 Diuruskan Secara Tayammum Mengikut Keputusan MKI

Mohd Yusof berkata, dalam keadaan sekiranya berlaku kematian akibat COVID-19, pengurusan jenazah hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-107, yang bersidang pada 10 dan 11 Februari 2015.

“Ia mengenai hukum pengurusan jenazah bagi orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti virus ebola di Malaysia iaitu pengecualian dan kelonggaran sekiranya terdapat keadaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah itu.

“Dalam hal ini, dibolehkan jenazah itu diuruskan melalui prosedur tayyammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik jenazah berkenaan sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berkata, dalam melaksanakan ketetapan itu, muzakarah menyerahkan kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di Negeri Sembilan.

Apa-apa pun, diingatkan buat setiap individu supaya bertanggungjawab untuk mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng dan sanitizer sekiranya terdedah di tempat awam.

Xtra careful semua!

Syafiqa Irdina