Categories: Trending

Tiada Perancangan Untuk Sekatan Rentas Daerah – Menteri Kanan

Kerajaan masih belum memutuskan untuk menyekat rentas daerah dan negeri walaupun terdapat peningkatan kluster baru Covid-19. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji dan membuat penilaian risiko mengenai perkara itu.

“Rakyat juga boleh secara sukarela menjalani ujian swab sekiranya mereka mahu keluar dari zon merah untuk memastikan bebas Covid19.”

“Begitu juga mereka yang mahu pulang ke zon hijau boleh menjalani ujian swab sebelum pulang,” katanya pada sidang media harian Covid-19, semalam. 

Sejak minggu lalu, kes Covid-19 masih merekodkan jumlah empat angka. 

Sumber: Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”