Trending By: Padin September 20, 2021 @ 7:10pm

“Tiba-Tiba Dia Call Cakap Nak Kahwin, Biar Betul Nak Pakai Hitam?” – Pereka Fesyen Ambil Masa Seminggu Siapkan Busana Viral Zizi Kirana

Busana yang digayakan oleh penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin ketika majlis pernikahan mereka semalam mendapat perhatian ramai.

Persalinan songket hitam benang emas yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Shanell Harun ini digayakan segak dan bertepatan dengan klasik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumaat Lepas Baru Dapat Tarikh & Lokasi Nikah” – Zizi Kirana Selamat Bergelar Isteri Yusuf Bahrin

Menurut Shanell, busana yang disarung Zizi itu disiapkan dalam masa yang singkat.

“Kos busana lelaki dan perempuan semuanya bernilai kira-kira RM16,000 dan saya juga terkejut apabila diberitahu oleh Zizi dalam masa yang singkat.

“Sejujurnya, sangat ‘last minute’… Tiba-tiba Zizi menghubungi saya dan dia kata dia mahu bernikah dalam masa terdekat. Saya siapkan dalam masa tujuh hingga ke lapan hari. Saya teruja apabila busana mereka mendapat perhatian.

“Apabila Zizi mengatakan dia mahu memilih warna hitam untuk majlis nikah, saya bertanya semula kepadanya, ‘biar betul, jarang dibuat orang nikah pakai baju hitam?’

“Saya dah lama buat baju Zizi dan saya tahu warna kegemaran dia hitam. Tak sangka pula dia mahu memilih rona terbabit untuk majlis istimewanya dan dia memilih ‘look’ yang klasik,” kata Shanell ketika dihubungi Xtra.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Tambah Shanell, dia gembira kerana dapat menyiapkan Zizi di hari bahagianya.

“Alhamdulillah, saya sendiri rasa bersyukur kerana dapat menghasilkan sesuatu yang klasik dan ‘timeless’ untuk artis yang sudah saya anggap sebagai seorang sahabat.

“Saya dah lama berkawan dengan Zizi, semenjak saya belajar di Universiti Teknologi MARA lagi. Dia seorang yang sangat perahsia, bila dia hubungi saya cakap dia nak kahwin, saya pun masih tak tahu siapa pengantin lelaki.

“Bila Zizi bawa untuk mencuba busana nikah, barulah saya tahu Zizi bakal berkahwin dengan Yusuf.

“Sebagai kawan, saya sangat bersyukur melihat Zizi mengecap bahagia dan bertambah gembira apabila baju itu viral serta ramai pula pelanggan yang mahukan busana nikah klasik seperti Zizi gayakan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Dec 2019

Hentikan Guna Plaster Tradisional Arahan Dari KKM

Plaster Tradisional Ini Dikesan Mengandungi Diphenhydramine

Featured Fri, 22 Dec 2023
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Inai Tersepit Pintu” – Netizen Terhibur Neelofa Buat Trend ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’

Wow, abang Bomba yang tolong Lofa ni rare eh, special! 🤣 Hanya dia saja buah hati pengarang jantung Lofa 🥰Gitewww 🤪

Featured Thu, 10 Aug 2023

[VIDEO] Sertai Tabligh, Perubahan Farid Kamil Mendekati Agama Buat Ramai Sebak! – “Satu Keputusan Yang Terbaik…”

Alhamdulillah, perubahan yang sangat baik ni 🥹 Semoga yang baik baik saja buat Farid Kamil 🤍