Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2021 @ 6:00am

Tidak Letak Pengalaman Peribadi Dalam Drama Arahan Single Terlalu Lama, Ungku Ismail Akui Ianya Terlalu Privasi Untuk Dikongsi

Tampil dalam drama arahan Single Terlalu Lama, pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Aziz mengakui drama arahannya ini tidak ada kena mengena dengan pengalaman peribadi beliau.

Mengakui judul drama ini seakan-akan memberi hint mengenai pengalaman peribadi namun beliau sama sekali menolak dakwaan tersebut.

“Pengalaman peribadi itu terlalu private sangat. Cuma kalau orang  kata ada kena mengena, saya kata memang tidak ada kena mengena langsung dalam hidup saya. Benar, walaupun mungkin orang-orang yang terdekat dengan saya pernah mengalami situasi ini namun apa yang saya boleh katakan, memang tidak ada kena mengena langsung dengan saya”

Ketika ditanya mengenai situasi atau cabaran menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelakon dan pengarah dalam drama kali ini, Ungku Ismail berkata ianya sangat menyeronokkan memandangkan beliau sendiri sukakan suasana kerja yang havoc.

“Apa yang saya boleh katakan memang menyeronokkan. Saya suka suasana yang hectic, cuma kalau ada benda-benda yang terkejar-kejar tu biasalah, memang akan pening sikit tapi alhamdulillah semuanya okay…”

Drama 28 episod ini mengisahkan Andy, seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an yang masih tercari-cari gadis idamannya, namun pada majlis reunion sekolah, beliau telah berjumpa dengan seorang gadis bernama Jasmine yang menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki ketika mereka masih dibangku sekolah.

Tidak menunggu terlalu lama, Andy mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan serius bersama Jasmine namun, siapa sangka gadis popular ini sebenarnya menyimpan sebuah rahsia disebalik populariti dan kecantikannya itu. Wow!

Jadi, korang jangan lupa untuk saksikan drama Single Terlalu Lama yang akan menampilkan Ungku Ismail bersama Julia Farhana bermula 29 April ini, pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025
Trending Thu, 19 May 2022

Penyewa Rumah PPR Tidak Bayar Sewa Lebih Sedekad, Tidak Malu Tinggal Secara ‘Percuma’

Ada kalangan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) lebih sedekad tinggal ‘percuma’.

Featured Thu, 2 Apr 2026

Gayong 2 Kembali Dengan Skala Lebih Besar & Emosi Lebih Mendalam

Gayong 2 bukan sekadar mengangkat perjalanan seorang guru silat, sebaliknya menyelami sisi lain kehidupan Meor Abdul Rahman

Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Aisha Retno Terbuka Digelar ‘Ratu Kacip’, Tak Anggap Threads Platform Toksik – “Kebanyakannya Kelakar & Membina”

Aisha juga tidak kisah apabila ada segelintir peminat melabelkannya sebagai ‘ratu kacip’ kerana sering meninggalkan komen dan ciapan lucu di Threads.

Trending Tue, 3 Jul 2018

[BREAKING] Najib Arrested by MACC

Many people are rejoicing.

Trending Mon, 18 Jan 2021
Cahaya Mata Wed, 15 Feb 2023

Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Emma and family! Makin meriah family

error: Content is protected !!