Trending By: Attiqah Mohd January 31, 2020 @ 6:17pm

(Video) Tindakan Lelaki Misteri Beri 500 Topeng Muka Di Pejabat Polis Buat Netizen Tersentuh

Umum mengetahui novel Coronavirus yang sedang melanda negara China berada di tahap yang membimbangkan. Seluruh bandar Wuhan dikuarantin, kerajaan turut menghentikan servis kenderaan awam, stesen minyak dan sebagainya malah penduduk di bandar itu juga tidak dibenarkan keluar daripada bandar. 

Situasi yang dipaparkan di laman sosial mengenai kehidupan penduduk di negara itu juga sangat merisaukan. Hospital sesak dan dipenuhi dengan orang ramai yang berpusu-pusu ingin mendapatkan rawatan, bilangan mangsa yang dijangkiti novel Coronavirus semakin hari semakin bertambah. 

Dalam keadaan darurat yang berlaku, tindakan seorang lelaki misteri yang muncul secara tiba-tiba dan memberikan 500 topeng muka di sebuah pejabat polis membuatkan ramai netizen tersentuh.

Menerusi laman Twitter, ramai netizen yang memuji sikap lelaki itu yang sanggup memberikan 500 ‘mask’ secara percuma, tindakan itu menunjukkan sikap perikemanusiaan yang mulia.

 

“Kita perlukan ramai manusia seperti ini”- Netizen puji sikap baik hati dan pemurah lelaki tersebut

Sebelum lelaki itu beredar keluar dengan tergesa-gesa dia sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang bertugas. Tersentuh dengan sikap lelaki itu, kedua-dua angota polis tersebut memberikan tabik hormat buat lelaki itu. 

Untuk rekod, kematian wabak Coronavirus telah meningkat seramai 213 orang di China. Walaubagaimanapun, tindakan lelaki tersebut membuatkan ramai netizen percaya masih wujud manusia yang baik hati meskipun negara sedang berdepan dengan situasi genting. Respect la brother! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Trending Tue, 19 Mar 2019

Amaran Cuaca di Kawasan Rompin, Banting Meningkat Ke Paras Tidak Sihat

Buat korang di luar sana! Jangan lupa banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar.

Featured Mon, 6 Nov 2023
Featured Thu, 20 Oct 2022

Disyaki Tinggal Serumah Dengan Kekasih, Yasmin Hani Tampil Bersuara! – “Mereka Terlampau Kolot! Mak Saya Nak Letak Mana?

Haa tu dia, siapa haritu tuduh mereka berkesedudukan? Ni dia respons tuan badan! Katanya kesal pemikiran segelintir netizen kolot

Trending Mon, 29 May 2023