Categories: Trending

Tindakan Undang-Undang Buat Golongan Antivaksin – PM

Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas golongan antivaksin di negara ini jika golongan itu didapati menghasut orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memaklumkan kerajaan juga sudah meminta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengkaji pelaksanaan program imunisasi secara wajib jika jumlah pendaftaran gagal mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Jika ikut perancangan, saya harap kita dapat mempercepatkan vaksinasi, yang penting jangan ada orang berkata jangan vaksin.

“Kita tidak mahu separuh daripada orang kita sudah dapat suntikan, manakala sebahagian lagi tidak, kerana ini akan membawa kesan,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang turut disertai Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Terdahulu, ramai masyarakat kita pada harini yang suka berkongsi maklumat palsu mengenai keburukan dan kesan yang akan diperolehi sekiranya mengambil vaksin sehinggakan ada diantara mereka yang membuat keputusan untuk tidak  mendaftar dan mendapatkan vaksin yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin