Categories: Trending

Tiz Zaqyah & Nora Danish Positif COVID-19

Sejak akhir-akhir ini, trend peningkatan COVID 19 semakin membimbangkan terutama apabila munculnya varian berbahaya iatu varian dari Afrika Selatan dan India.

Terbaru, pelakon jelita Tiz Zaqyah dan Nora Danish telah disahkan positif COVID-19.

Menerusi akaun instagram masing masing, Nora berkata walaupun tidak mempunyai sebarang simptom namun keputusannya positif setelah membuat ujian.

“Dukacitanya nak maklumkan Nora didapati positive Covid-19 harini 9 Mei 2021.

Semalam, Nora ada buat test sebab close contact kategori C.

Keputusan pagi tadi mendapati Nora positive walaupun langsung tak ade sebarang symptoms.”

Dalam pada itu, menerusi Instagram pelakon kelahiran Singapira, Tiz Zaqyah juga memaklumkan dia kini sah positif COVID-19 setelah mengalami batuk dan rasa sengal pada badan.

Tiz Zaqyah kini menerima rawatan di Hospital Subang Jaya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”