Agihan Pendapatan ASB Tahun Ini Dijangka Lebih Tinggi & Lebih Baik

Menjelang akhir tahun, pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan 4.25 sen yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.

Namun, jika mengambil kira faktor prestasi di Bursa Malaysia yang menyusut tetapi diseimbangkan oleh pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada ­akhir tahun lalu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan, unjuran prestasi ASB lebih baik pada tahun ini.

“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menjangkakan kadar a­gihan pendapatan ASB pada tahun 2021 yang bakal diumumkan bulan ini adalah sekitar lima hingga 5.25 sen seunit termasuk bonus, iaitu lebih tinggi berban­ding tahun lalu dengan tambahan bonus sebanyak 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama tahun lalu.

Selain itu, antara faktor lain yang perlu diambil kira PNB untuk memberi agihan pendapatan ASB lebih baik tahun ini adalah pertumbuhan inflasi, kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

 

 

Sumber : Kosmo

Salma Syahbuddin