Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Penampilan penyanyi, Zizi Kirana ketika bercuti ke Sabah baru-baru ini nampaknya mencuri perhatian ramai warganet termasuklah peminat pasangan merpati dua sejoli ini.

Mana taknya, bukan sahaja tampil berhijab labuh, Zizi juga nampaknya kekal sempurna menutup auratnya.

Justeru itu, rata-rata peminat teruja dan terinsipirasi dengan perubahan yang ditunjukkan Zizi Kirana sepanjang bergelar anak seni.

 

Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi”

Menerima pujian yang tidak putus-putus dari peminat terhadap penampilannya menjaga aurat ketika sedang bercuti bersama suami dan keluarga tercinta,  Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 36, mengakui  segan dengan pujian yang diberikan.

“Saya rasa macam tak layak terima pujian daripada orang ramai. Tetapi, saya sangat menghargai doa-doa yang dipanjatkan mereka. Doa saya juga buat semua yang sedang dalam usaha menjadi muslim yang lebih baik.”

“Kita belajar sama-sama dan perlahan-lahan mencari reda Ilahi. Saya sebenarnya segan orang puji hanya kerana pakai stokin, berpakaian labuh pergi pantai. Pada masa sama, saya juga berasa sangat terharu ramai mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

 

Salma Syahbuddin