“Baik Sangat Walau Orang Kata Macam Mafia”- Ebit Lew Kongsi Pengalaman Jumpa Ketua Kawasan Bahaya di Sao Paolo Brazil

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) bersama pasukannya kini sedang mengembara di Brazil untuk memberikan bantuan dan melawat tempat-tempat di sana.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik baru-baru ini, UEL bersama pasukan sudah berada di negara itu sejak 1 Disember.

Terkini, UEL memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram miliknya dimana dia telah berjumpa dengan seorang lelaki yang merupakan ketua di satu kawasan yang dikatakan berbahaya di Sao Paolo, Brazil.

Dalam video yang dikongsikan itu, UEL bersama seorang lelaki yang tidak berbaju penuh dengan tatu ditubuhnya tersenyum apabila UEL memberikannya sehelai t-shirt berwarna hitam.

Walaupun berpenampilan seperti ketua kongsi gelap, Ebit berkata dia terkejut kerana mendapat layanan baik ketua itu bersama penduduknya.

 

UEL menjelaskan penduduk di situ hidup dalam keadaan susah, di mana terdapat anak-anak yang tidak bersekolah dan tinggal di dalam khemah sebelum dapat duduk bilik kecil bersama keluarga.

“Baik sangat ketuanya walau orang kata macam mafia. Katanya 25 jam tuan fly untuk bantu kami,” tulis UEL.

UEL berkata, ramai yang suka tengok pakaian dan janggutnya sehingga mahu mengambil gambar dengannya.

“Mata dia cuma nampak kesedihan”

Terdapat beberapa komen ditinggalkan netizen di hantaran terbabit yang tersentuh melihat perkongsian itu.

 

 

 

Beberapa hari sebelum melawat ke kawasan berbahaya itu, UEL turut berjumpa dengan paderi di gereja besar di Sao Paolo untuk bertukar pendapat dan berbincang tentang program kemasyarakatan setelah dia habis membantu gelandangan yang berada di hadapan gereja berkenaan.

Arfah