Wanita Genit Pernah Tular Di TikTok Kini Berbadan Dua Curi Perhatian Netizen

Cinta sejati lahir dari hati yang ikhlas, bukan berdasarkan pada aspek fizikal mahupun luaran seseorang.

Sebelum ini, kisah mengenai seorang wanita ini pernah tular kerana disangka budak kecil atau pelajar sekolah rendah menjadi tumpuan netizen di aplikasi TikTok.

Suaminya juga dipuji ikhlas kerana sudi menerima kekurangan wanita itu walaupun mempunyai perbezaan ketinggian yang ketara antara satu sama lain.

@buyahhh

18hari dh jadi bini org . mcm dok caye je dh kawin hehe . loveyou syurga❤️ #fyp

♬ original sound – Yaya Mekcekk – Yaya Mekcekk

Pasangan itu sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila wanita ini memuat naik satu lagi klip video di laman TikTok bernama @buyahhh, berkongsi mengenai keadaanya yang sarat mengandung.

Video itu turut menunjukkan si suami kepada wanita itu membawa isterinya berjalan-jalan di pusat beli-belah selepas selesai urusan pekerjaan.

@buyahhh

tq daddy bawak ibu shopping 🥰 #fyp #fypシ #tiktokfemes

♬ suara asli – ANAK E MAK NOR ❗️ – ANAK E MAK NOR ❗️

Wanita itu dipercayai sedang hamil tujuh bulan dan bakal menimang cahaya mata pertama dalam tempoh dua bulan dari sekarang.

“Terima kasih Daddy kerana membawa ibu membeli-belah,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Ya Allah, comelnya…” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kebahagian rumahtangga mereka yang saling menerima pasangan seadanya.

Malah, ramai yang mengatakan wanita itu kelihatan comel semasa mengandung walaupun berbadan kecil.

Tidak lupa juga, ramai yang mendoakan wanita itu agar dipermudahkan urusan untuk melahirkan anak kelak.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 12.4 juta tontonan dan 735,100 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Sabtu.

Marcella