Figura By: Khairil Khusyairi January 17, 2024 @ 6:31pm

Agong & Raja Permaisuri Agong Berkenan Baca Berita Di Buletin Utama Malam Ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membaca berita di Buletin Utama TV3, malam ini.

Menerusi kunjungan diraja ke Sri Pentas pagi tadi, Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong berkenan mencemar duli membaca berita dan ia akan ditayangkan dalam Buletin Utama jam 8 malam ini, menerusi slot khas Buletin Diraja.

Pasangan diraja itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi disambut barisan kepimpinan dan warga kerja Media Prima Berhad (MPB).

Baginda berdua turut diberikan taklimat berkaitan operasi MPB dan dibawa ke lawatan eksklusif melihat studio radio dan berita.

Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 2 jam di Sri Pentas.

Menjengah ke media sosial, penyampai berita terkenal, Kamaruddin Mape turut memaklumkan perkara tersebut di aplikasi X.

“Saksikan penampilan khas Tuanku Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam Buletin Utama malam ini, 17 Jan 2024,” tulisnya.

Agong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Aug 2019

Isteri mengerjakan haji, Aliff Syukri berdangdut?

Datuk Seri Aliff Syukri bakal dilibas bonda?

Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Featured Tue, 21 Jun 2022
Featured Tue, 5 Apr 2022

Guru Tahfiz R*gol 13 Pelajar Dihukum Mati, Lapan Daripada Mangsa Disahkan Hamil

13 Pelajar dalam lingkungan usia antara 12 tahun dan 16 tahun.. Allahuakbar, kesiannya..

Featured Mon, 3 Jul 2023