Trending By: Maya Basir April 14, 2022 @ 4:37pm

“Aku Sampai Jadi Bersalah Sebab…” – Khairul Aming Tegur Kerenah Netizen Twitter Jadi ‘Batu Api’ Melaga-Lagakan Content Creator Masakan

Kemunculan ramai content creator yang menghasilkan video masakan sepanjang bulan Ramadan ini meraih perhatian netizen.

Terbaru, timbul isu content creator lain yang dianggap seperti cuba untuk meniru gaya video masakan oleh pempengaruh masakan popular, Khairul Aming.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman tampil membuat teguran di akaun Twitter miliknya tentang isu yang mengaitkan namanya.

“Mulut macam ni la yang rosakkan habis ‘vibe’ puasa tahun ini. Sebelum ni seronok buat video puasa, tahun ni habis jadi ‘toxic’ kat Twitter.

“Semua orang seronok je buat video masak, sampai la mulut batu api macam ni muncul. Lepas tu habis jadi gaduh semua orang. Tolong lah berhenti,” katanya.

Teguran itu dibuat apabila seorang lagi content creator, Danish Harraz dituduh meniru konsep video masakan Khairul Aming oleh seorang individu di Twitter.

Tambah Khairul Aming, dia berasa sangat bersalah terhadap content creator lain yang terpalit dengan komen-komen negatif yang mengaitkan dirinya.

“Aku sampai jadi bersalah sebab orang datang serang aku sekali. Padahal aku tak pernah ‘claim’, tak pernah menyebut sesiapa pun.

“Selama ni kami yang memasak sama-sama sokong satu sama lain. Sampai la muncul benda ‘toxic’ batu api macam ni kat Twitter. Facebook pun tak batu api macam ni.

“Tolong la berhenti. ‘Annoying’ sangat dah benda ni. Semua orang jadi serabut. Yang geng masak ni buat ‘content’ ikhlas untuk tolong bulan puasa, tak ada pun cari gaduh dengan orang.

“Kenapa nak pecah belahkan komuniti yang tak kacau orang ni. Serius aku tak faham ‘level toxic’ tahun ni,” ujarnya.

Sebelum ini, Khairul Aming meraih populariti selepas memulakan konsep video masakan 30 hari 30 resepi sepanjang bulan Ramadan semenjak beberapa tahun lalu dan ramai content creator lain terinspirasi untuk menggunakan konsep yang hampir sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Wed, 18 Dec 2019

Ernie Zakri Hadiahkan Lagu Istimewa Buat Datuk

‘Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku’ adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Featured Sun, 31 Oct 2021

“Dunia Saya Jadi Blank…” – Anak Sulung Dr Say Shazril Disahkan Autism Tahap Sederhana

Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril mendedahkan anak sulungnya, Aezriel atau panggilan manjanya Ace, 2, menghidap autism tahap sederhana. Menurut satu perkongsian di akaun Instagram miliknya, Dr. Say meluahkan perasaan setelah doktor mengesahkan anak […]

Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Berjanji Akan Jadi Ibu Mertua Terbaik, Sharifah Zarina Nak Jodohkan Anak Dengan MK K-Clique? 

Wowww, macam mana guys sesuai ke tak kalau MK K-Clique dengan Athalia?

Featured Fri, 30 Dec 2022
Trending Thu, 1 Jul 2021
Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Marsha Selesa Tinggal Sebumbung Bersama Mentua

Marsha akui langsung tidak kisah tinggal bersama mentua.

error: Content is protected !!